Suka kan tengok watak hubungan ibu dan anak Shin Min-ah bersama Kim Ha-eon dalam “Our Blues”?
Baru-baru ini, pelakon cilik Kim Ha-eon telah memuat naik fotonya bersama Shin Min-ah menerusi Instagram yang dikawal oleh ibunya.
Dalam entri yang dimuat naik, ibu kepada Kim Ha-eon berkongsi bahawa Shin Min-ah memberi hadiah dan surat tulisan tangan sempena ulang tahun anaknya.
Ibu Kim Ha-eon menulis kapsyen,
Ibu Seon-ah, mak cik Mina-ah yang seperti malaikat. Dia memberikan hadiah untuk hari jadi Ha-eon 😂 Dengan tulisan yang cantik, dia turut memberikan surat untuk Ha-on ❣️
Sampai sekarang, Ha-eon akan berasa gembira dan memanggil ibu Seon-ah apabila ternampak iklan mak cik Min-ah di pusat beli-belah.
Semasa sedang menanti penggambaran ketika hari yang sejuk, Kim Ha-eon memasuki perlahan dalam baju sejuk panjang mak cik Min-ah, bahagia sangat 🥰
Shin Min-ah turut meninggalkan komen di entri yang sama,
Yeol (nama watak) bekerja keras ketika cuaca yang sejuk ketika hari jadinya~ Yeol sangat cool ❤️
Comel sangat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.