21 Tahun Berkenalan, Ini 3 Drama Gandingan Lee Byunghun & Shin Minah
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Sedar tak sedar, Lee Byung-hun dan Shin Min-ah sudah pun tiga kali bekerjasama dalam projek yang berlainan dalam 21 tahun ini.
Korang tahu tak yang mana? Nah!
Beautiful Days (2001)
Baru berubah ke pelakon dari model, Shin Min-ah membawa watak Lee Min-ji iaitu adik kepada watak Lee Byung-hun. Walaupun hanya sampingan, pelakon wanita itu mempunyai banyak bahagian babak kerana sering berinteraksi bersama abangnya.

A Bittersweet Life (2005)
Dalam drama ini, Shin Min-ah berlakon sebagai perempuan simpanan Lee Byung-hun menandakan ini pertama kali mereka berlakon sebagai pasangan kekasih.

Our Blues (2022)
Selepas 17 tahun, kedua mereka kembali sebagai pasangan kekasih yang terpisah dan mempunyai trauma sendiri sebagai Lee Dong-seok dan Min Seon-ah.

Drama mana yang korang pernah tengok?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




