Ikuti Kami:

“Dia Macam Guru Lakonan Saya” – Kim Jieun Terharu Namgoong Min Sering Beri Tunjuk Ajar

“Dia Macam Guru Lakonan Saya” – Kim Jieun Terharu Namgoong Min Sering Beri Tunjuk Ajar

Macam mana ending “One Dollar Lawyer”? Puas hati tak?

Bagi pelakon utamanya Kim Ji-eun, dia menganggap Nam Goong-min sebagai ‘guru lakonan’nya sepanjang kerjasama mereka dalam “One Dollar Lawyer”. Setakat ini, mereka sudah bekerjasama dalam 3 projek iaitu, “Doctor Prisoner”, “The Veil” dan “One Dollar Lawyer”. kim jieunDrama ini mengisahkan mengenai Chun Ji-hoon lakonan Namgoong Min, seorang peguam yang mempunyai kemahiran hebat tetapi hanya meminta bayaran sebanyak satu dolar (RM4.59) setiap kali, untuk membela anak guamnya tanpa mengira latar belakang.  Walaupun ia adalah drama berkonsepkan mahkamah, ia sebenarnya tidak sukar untuk diikuti.

Kim Ji-eun berkata,

Senior saya hanya beri nasihat yang saya perlukan. Sewaktu penggambaran. “The Veil”, saya menghafal keseluruhan skrip tapi dia berkata saya tak perlu lakukan itu. Apabila saya mengikut apa yang tertulis dalam skrip, dia berpesan supaya jangan terlalu ikutkan skrip.

Dia seperti seorang guru lakonan bagi saya. Saya mengikuti kelas percuma. Saya masih mahu bekerjasama dengannya dalam projek akan datang. 

Wah, dalam sifat tegas pun masih ada rasa prihatin Namgoong Min terhadap junior dia ye…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...