Ikuti Kami:

“Dia Lelaki Baik” – Kisah Choi Wooshik Hadiri Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih Tular

“Dia Lelaki Baik” – Kisah Choi Wooshik Hadiri Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih Tular

Bukan sahaja sering membawa watak yang ‘green flag’ dalam drama namun, personaliti Choi Woo-shik di kehidupan realiti turut dikagumi ramai.

Baru-baru ini, foto Choi Woo-shik ketika menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya pada 2022 yang lalu telah kembali tular, meraih perhatian ramai.

Khususnya, pelakon lelaki itu telah memberi penghargaan atas segala sokongan yang diberikan wanita itu terhadapnya selama 5 tahun hubungan mereka.

Meskipun sudah putus namun, Choi Woo-shik dan wanita itu memang sering menjaga hubungan mereka sebagai sahabat dengan baik.

Sebelum ini, pelakon “Our Beloved Summer” tersebut pernah berkongsi bahawa wanita itu yang menyuruhnya untuk mencuba berlakon terlebih dahulu sebelum ingin belajar jadi seorang pengarah di Kanada. Apabila lulus uji bakat, Choi Woo-shik terus ke Korea dari Kanada bagi merealisasikan impiannya, dengan sokongan yang diberikan bekas kekasihnya.

Disebabkan itu, Choi Woo-shik memang sentiasa berterima kasih untuk bekas teman wanitanya meskipun mereka sudah lama berpisah.

choi wooshik

Selepas hantaran mengenai Choi Woo-shik itu tular di Twitter, netizen rata-rata memuji peribadi pelakon lelaki itu dan menulis komen seperti,

Saya sentiasa mempercayai seorang lelaki yang boleh kekal mesra dengan bekas pasangannya. Itu tanda yang jelas dia seorang lelaki yang baik.

 

Dalam kehidupan sebenar pun dia seorang yang ‘green flag’.

 

Filem ‘On Your Wedding Day’ berlaku dalam kehidupan sebenar.

 

Saya makin sayangkan Choi Woo-shik.

Mantap la Choi Woo-shik!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...