Ikuti Kami:

“Dia Layan Orang Dengan Baik..” – Lee Sungmin Akui Bintangi ‘Reborn Rich’ Sebab Song Joongki

“Dia Layan Orang Dengan Baik..” – Lee Sungmin Akui Bintangi ‘Reborn Rich’ Sebab Song Joongki

Nampaknya, memang ramai pelakon mempunyai pengalaman yang baik dalam bekerjasama dengan Song Joong-ki.

Baru-baru ini dalam siaran 25 Januari program “You Quiz on the Block”, pelakon Lee Sung-min telah tampil sebagai tetamu.

Khususnya dalam episod tersebut, pelakon lelaki itu berkongsi lebih lanjut mengenai drama hitnya yang baru tamat iaitu “Reborn Rich”. Ketika ditanya sama ada dia memilih untuk membintangi drama itu disebabkan Song Joong-ki, Lee Sung-min menjawab,

Sudah tentu! Skripnya bagus tetapi apabila saya mendengar Joong-ki terlibat, saya merasakan bahawa saya perlu melakukan drama ini tidak kira apa. Saya tidak mempunyai hubungan istimewa dengannya tetapi saya mendengar terlalu banyak tentang Joong-ki sehingga saya mahu bekerja dengannya.

Kemudian, pelakon veteran itu turut berkongsi bahawa dia banyak belajar dari Song Joong-ki menerusi drama tersebut,

Saya banyak belajar dari dia. Semasa bekerja di ‘Reborn Rich’, saya dapati dia sebagai kawan saya yang sangat mudah mesra. Walaupun dia adalah bintang popular, dia bertemu dan melayan orang dengan begitu baik, selesa dan mudah.

lee sungmin song joongki

Tambahnya lagi,

Walaupun saya senior, saya cuba ikut tingkah lakunya. Saya cuba menjadi sederhana dan mudah didekati seperti Joong-ki.

Wah, untungnya dapat bekerja dengan Song Joong-ki!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...