Ikuti Kami:

“Dia Laser & Suntik Botoks” – Ditangkap Menipu, Yoo Jaesuk Dedah Rawatan Kecantikan Ji Sukjin

“Dia Laser & Suntik Botoks” – Ditangkap Menipu, Yoo Jaesuk Dedah Rawatan Kecantikan Ji Sukjin

Semakin meningkat usia, semakin Ji Suk-jin bekerja keras bagi menjaga kecantikan wajahnya.

Dalam episod terbaru “Running Man”, para ahli disertai oleh Shin Ye-eun dan Kang Hoon bagi mempromosikan drama “The Secret Romantic Guesthouse” di mana mereka dibahagikan kepada dua kumpulan yang diketuai pelakon wanita itu dan Kim Jong-kook.

Bagi membuat pemilihan anggota kumpulan masing-masing setiap ahli perlu menulis deskripsi diri yang mungkin menarik perhatian kedua-dua ketua itu.

Seperti biasa, Ji Suk-jin pastinya menjadi bahan usikan Yoo Jae-suk, tambahan pula apabila dia menyebut mengenai wajahnya yang tampan,

Wajah saya yang tidak mempunyai sebarang kedutan dan anjal.

ji sukjin yoo jaesuk

Usik pengacara No 1 itu,

Ni nampak tak kedut-kedut di sini?

Jawab Ji Suk-jin apabila Kim Jong-kook menuduh dia ada menerima suntikan kecantikan,

Tak cucuk pun, saya memang dilahirkan seperti ini.

Bantah Yoo Jae-suk,

Dia pernah suntik botoks..

Ulas Ji Suk-jin mengubah cerita,

Saya suntik 7 bulan lalu di dagu.

ji sukjin yoo jaesuk

Tambah Yoo Jae-suk lagi,

Dia juga mendapatkan laser.

Marah Kim Jong-kook kerana lelaki tua itu yang tak mengakui pada awalnya, Ji Suk-jin turut berkata,

Memang betul saya mendapatkan rawatan laser. Tak salah kan?

Usik Yoo Jae-suk,

Awak akan mendapatkan suntikan lagi kan?

ji sukjin yoo jaesuk

Balasnya selamba,

Ya, tapi saya tiada masa sekarang..

Berani Ji Suk-jin cuba tipu Yoo Jae-suk.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...