Ikuti Kami:

“Dia Lagi ‘Cool’..” – Wajah Dikatakan Mirip Kim Woobin, Kim Gunwoo Terus Minta Maaf

“Dia Lagi ‘Cool’..” – Wajah Dikatakan Mirip Kim Woobin, Kim Gunwoo Terus Minta Maaf

Selepas “The Glory”, pelakon Kim Gun-woo semakin mendapat perhatian ramai kini.

Terbaru, Kim Gun-woo yang memainkan watak sebagai Son Myeong-oh dalam “The Glory”, telah terlibat dengan satu temu bual khas bersama Netflix, di mana dia berkongsi sedikit sebanyak mengenai pembikinan drama berkenaan.

Ketika sesi temu bual, Kim Gun-woo bercakap mengenai adegan di mana Son Myeong-oh menyatakan rasa cintanya kepada Choi Hye-jeong (Cha Joo-young) melalui telefon,

Mereka berkata ia adalah serangan pengakuan.

Apabila ditanya jika Son Myeong-oh benar-benar mencintai Hye-jeong, Kim Gun-woo menjawab,

Ya, ia cinta secara senyap. Selepas melihat reaksi Hye-jeong, saya tertanya-tanya sama ada ia adalah memang sesuatu yang dia akan lakukan. Dia menjerit dan melemparkan telefonnya. Saya tak tahu yang dia akan sangat membencinya.

kim gunwoo kim woobin

Kemudian, ada juga yang berkata bahawa wajah Kim Gun-woo mirip dengan pelakon Kim Woo-bin. Mengenai ini, pelakon berumur 31 tahun itu memberi respon dengan malu,

Saya benar-benar minta maaf. Jika saya bertemu Kim Woo-bin dalam kehidupan sebenar, saya ingin meminta maaf.

Jelasnya lagi,

Kim Woo-bin jauh lebih ‘cool’ dari saya dan mempunyai rupa yang kacak.

Dua-dua ‘cool’ la!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...