Ikuti Kami:

“Dia Lagi..” – Bintangi 4 K-Drama Dalam 2022, Penonton Penat Lihat Lee Kyoungyoung Jadi Antagonis

“Dia Lagi..” – Bintangi 4 K-Drama Dalam 2022, Penonton Penat Lihat Lee Kyoungyoung Jadi Antagonis

Rasanya peminat K-Drama biasa melihat pelakon veteran Lee Kyoung-young kan?

Dalam tahun 2022 sahaja, lelaki ini sudah pun membintangi 4 drama berbeza. Namun penonton meluahkan rasa geram kerana Lee Kyoung-young asyik membawa watak yang sama sahaja.

Again My Life

lee kyoungyoung again my life

Menjadi ahli politik kotor, dia membawa watak Jo Tae-sub yang menyimpan dendam buat pelakon utama Lee Jun-ki.

Doctor Lawyer

lee kyoungyoung doctor lawyer

Dalam drama ini pula, pelakon veteran berkenaan berlakon sebagai Gu Jin-gi iaitu pemilik Kumpulan Pertubuhan Banseok dan presiden Hospital Banseok di mana dia bertempur dengan watak utama lakonan So Ji-sub.

Why Her?

Dengan niat yang jahat, Lee Kyoung-young memegang watak Han Seong-beom iaitu pemilik Kumpulan Hansoo.

Adamas

lee kyoungyoung adamas

Untuk drama yang baru ditayangkan ini, Lee Kyoung-young melakonkan watak Chairman Kwon iaitu pemilik Kumpulan Haesong dan merupakan ancaman watak utama lakonan Ji Sung.

Ayat yang sering digunakan penonton ialah, ‘Lee Kyoung-young bawa watak presiden kaya yang jahat lagi.’ Disebabkan oleh imej yang sama sahaja dalam kesemua drama, ramai yang mengatakan bahawa agak sukar untuk membezakan plot setiapnya meskipun lelaki itu mempunyai bakat lakonan yang baik.

Antara komen penonton selepas “Adamas” disiarkan,

Lee Kyoung-young lagi, kita tinggal dalam dunia Lee Kyoung-young ke?

 

Kalau lah Lee Kyoung-young tiada, pastinya drama ini berasa lain. Lakonannya sama sahaja..

 

Dia lagi.. sekarang ini saya dah meluat dan menyampah. Semuanya sama, muka, cara sebutan, suara…

 

Berapa lah nyawanya.. asyik hidup je..

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...