Utama Gossip “Dia Lagi Bagus Atas Katil Dari Saya?” – Jennie BP Jadi Antagonis,...

“Dia Lagi Bagus Atas Katil Dari Saya?” – Jennie BP Jadi Antagonis, Skrip ‘The Idol’ Dikritik Bodo*?

jennie the idol

Walaupun baru dua episod tayangan, namun siri “The Idol” lakonan Jennie BLACKPINK terus menjadi bualan ramai.

Selepas tarian seksinya viral ketika episod pertama, babak melibatkan idola tersebut sekali lagi tular di media sosial selepas tayangan kelmarin.

Bukan hanya memaparkan bakat nyanyian, wataknya Dyanne dilihat mula menjadi ‘antagonis’ yang mungkin akan menikam belakang rakannya, Jocelyn (Lily-Rose Depp). Dalam diam, wanita itu sebenarnya sudah lama mempunyai hubungan seksual bersama Tedros (The Weeknd) yang merupakan kekasih Jocelyn kini.

Meskipun ada yang teruja dengan perubahan watak Jennie dari ‘baik’ ke ‘pembelot’, namun rata-rata penonton mengecam skrip “The Idol” dan menyamakan dengan tulisan laman penulisan blog fiksyen ‘Wattpad’.

Tulis Jennie,

Jadi, dia lebih bagus di katil dari saya?

Tak cukup dengan babak Jennie, dialog yang diutarakan watak lain turut meneriman pandangan jelek penonton. Terlalu seksual, rata-ratanya menganggap skripnya sebagai sampah berbanding berseni.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERJTBC
Loading...