Selepas 6 tahun bercinta, Hyun-a dan Dawn telah memutuskan untuk menamatkan hubungan mereka pada Disember 2022 yang lalu.

Baru-baru ini, Hyun-a telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Jo Hyun-ah, di mana wanita itu bahagia bercerita tentang teman lelaki barunya iaitu Yong Jun-hyung.
Bagaimanapun, perkara lain yang menarik perhatian adalah baju yang dikenakan Hyun-a dalam program tersebut, di mana dia seolah-olah merujuk kepada bekas teman lelakinya, Dawn.
Khususnya, baju yang dipakainya tertulis,
Siri, blok nombor bekas kekasih.
Dengan ini, ramai yang mengkritik penyanyi “I’m Not Cool” itu dan menganggap bahawa ianya tidak perlu untuk memerli Dawn kerana lelaki itu sentiasa bercakap dengan penuh hormat mengenai Hyun-a, walaupun selepas mereka berpisah.
Hmm..