Ikuti Kami:

“Ganggu Kebahagiaan..” – Foto Junhyung Jadi Wallpaper, Hyuna Dedah Tak Kisah Hubungan Cinta Dikritik

“Ganggu Kebahagiaan..” – Foto Junhyung Jadi Wallpaper, Hyuna Dedah Tak Kisah Hubungan Cinta Dikritik

Hyun-a telah bercerita mengenai hubungan cintanya bersama Jun-hyung bekas ahli BEAST.

Pada 18 April, Hyun-a telah membuat kemunculan dalam rancangan “Jo Hyun-ah’s Saturday Night”. Di mana dia telah bersuara mengenai isu hubungan percintaannya bersama dengan Jun-hyung bekas ahli BEAST.

Penyanyi itu berkata,

Saya tak terkesan dan tak takut dengan komen-komen buruk. Saya dah berhenti buka akaun Instagram saya dan hanya gunakannya sekali-sekala sahaja.

Sambungnya,

Saya bersyukur sangat kerana dikurniakan teman lelaki yang selalu menyokong saya. Jadi kenapa saya nak kena fikirkan pandangan orang lain kan? Perkara seperti itu hanya akan mengganggu kebahagiaan saya sahaja.

Jadi, daripada saya kisahkan perkara seperti itu, saya lebih memilih untuk fokus dengan masa depan saya. Moto hidup saya ialah jalani hari esok dengan lebih baik daripada hari ini.

hyuna-youtube

Tidak berhenti di situ, Hyun-a turut berkongsi memori temu janji pertamanya bersama dengan Jun-hyung.

Ceritanya,

Jun-hyung merupakan seseorang sangat berbeza di kehidupan sebenar. Masa temu janji pertama kami, dia bawa saya keluar makan dan tonton drama ‘My Love From The Star’.

Meskipun kedengaran biasa, tapi saya lebih suka habiskan masa lakukan perkara yang comel seperti itu bersama dengan orang yang saya sayang.

Semoga Hyun-a dan Jun-hyung kekal bahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...