Utama Rancangan Hiburan “Dia Kena Jaga Anak..” – Netizen Kagum Dengan Sikap Timbang Rasa Yoo...

“Dia Kena Jaga Anak..” – Netizen Kagum Dengan Sikap Timbang Rasa Yoo Jaesuk Pada Isteri

yoo jaesuk na kyungeun

Dengan pelbagai cerita telah dikongsi, Yoo Jae-suk tidak dinafikan merupakan suami dan ayah yang baik.

Terbaru pada 18 Mac, saluran YouTube Yoo Jae-suk telah memuat naik video baru, menampilkan Lee Dong-wook, Jo Se-ho dan Nam Chang-hee sebagai tetamu.

Khususnya dalam video itu, Jo Se-ho dan Nam Chang-hee dilihat berulang-alik ke ruang tamu dan dapur untuk menyediakan makanan. Melihat situasi itu, Yoo Jae-suk berkata,

Saya seronok dapat melakukan perkara ini dengan adik-adik saya. Saya banyak melakukan kerja di dapur rumah. Isteri saya Kyung-eun bertanggungjawab di dapur, tetapi saya juga melakukan banyak perkara.

Kemudian, pengacara dan pelawak itu turut berkongsi tentang kehidupan peribadi bersama isterinya,

Tidak lama dahulu, Kyung-eun kelihatan sangat letih. Banyak perkara yang dia perlu lakukan di rumah, seperti menjaga anak-anak. Itulah sebabnya saya memberitahunya ‘Awak perlu pergi ke suatu tempat dengan rakan-rakan awak’. Tetapi dia berkata, ‘Tidak mengapa’, dan segera menolak cadangan saya kerana itu membuatkan dia lebih risau.

Sambung Yoo Jae-suk lagi dengan menunjukkan sisi bertimbang rasanya sebagai seorang suami,

Namun tidak lama dahulu, isteri saya pergi melancong dengan rakan-rakannya selama tidak lebih dari 2 hari 1 malam. Tetapi dia berkata ia waktu yang sangat bagus. Saya rasa dia memang memerlukan masa bersendirian.

Untuk pengetahuan, Yoo Jae-suk telah berkahwin dengan pilihan hatinya Na Kyung-eun pada 2008, dan mempunyai seorang anak lelaki serta seorang anak perempuan kini.

Suami dan ayah yang baik tau Yoo Jae-suk ni.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERWikitree
Loading...