Ikuti Kami:

“Dia Kekok..” – Penonton Rasa Han Sohee Lebih Sesuai Terajui ‘Doona!’ Berbanding Suzy?

“Dia Kekok..” – Penonton Rasa Han Sohee Lebih Sesuai Terajui ‘Doona!’ Berbanding Suzy?

Sudah bersiaran sejak minggu lepas, ramai yang tak habis menyebut mengenai drama “Doona!” di Netflix kini.

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, ianya membawa kisah seorang bekas idola yang lari dari perhatian umum dan seorang pelajar universiti yang mengubah takdir mereka selepas tinggal sebumbung.

Terbaru, satu entri di laman komuniti Korea tular dengan lebih 80 ribu tontonan di mana mereka mengatakan bahawa Han So-hee mungkin pelakon yang lebih sesuai untuk membawa watak Lee Doo-na berbanding Suzy.

Kata individu yang memuat naik entri berkenaan, lakonan bekas ahli Miss A itu di mana dia perlu kelihatan kasar, merokok dan mencarut kelihatan sedikit kekok. Malah entri itu memilih Han So-hee sebagai pelakon yang lebih sesuai dengan imej berkenaan kerana wanita itu yang terkenal dengan kebebasan bertatu dan merokok sebelum ini.

suzy doona!

Pun begitu, rata-rata komen lain menolak pendapat di dalam entri berkenaan dan menegaskan bahawa pengalaman Suzy sebagai idola melayakkan dia memegang watak Lee Doo-na ini,

Agak susah kalau Han So-hee perlu menari dan menyanyi. Patutnya, pengarah memang mahukan Suzy untuk watak itu. Kalau awak tengok dramanya, watak itu bukanlah ringan dan ‘cool’ seperti dalam webtoon.

 

Saya merasakan lebih sesuai kalau bekas idola yang membawa watak ini, jadi saya suka pemilihan Suzy.

 

Apa awak merepek ni.. Pelukis webtoon itu memang dari awal dah lakar watak itu berdasarkan Suzy.

 

Saya setuju. Sejujurnya, dari sudut bakat lakonan pun, Mungkin kerana imejnya, tapi agak kekok apabila Suzy merokok dan mencarut.

 

Suzy lagi cantik dari Han So-hee.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...