Ikuti Kami:

“Dia Dah Besar..” – Merokok & Babak Intim, ‘Doona!’ Drama Paling Ekstrem Lakonan Suzy

“Dia Dah Besar..” – Merokok & Babak Intim, ‘Doona!’ Drama Paling Ekstrem Lakonan Suzy

Sepertinya Suzy sudah melangkah ke fasa yang lebih mendalam sebagai seorang pelakon kini.

Sudah beberapa hari bersiaran, ramai yang meninggalkan komen mengenai lakonan dan plot yang ditonjolkan dalam siri “Doona!” di Netflix. Ianya membawa kisah seorang idola yang lari dari perhatian ramai dan seorang pelajar universiti belajar mengenai kehidupan selepas duduk sebumbung dan menyingkap sisi kelam masing-masing.

Apa yang menarik perhatian ialah apabila Suzy yang merupakan bekas idola tampil berani dengan watak Lee Doo-na apabila melakonkan pelbagai babak menjolok mata antaranya babak merokok dan juga intim bersama Yang Se-jong.

Malah mereka berdua mempunyai babak ciuman yang panjang dalam beberapa episod akhir siri berkenaan hingga membuatkan penonton mengakui bahawa Suzy sudah semakin bebas dalam memilih watak lakonan. Sebelum ini, wanita itu sepertinya cuba membawa karakter yang sedikit ‘biasa’ dan ‘naif’ bagi menjaga imejnya.

Kata mereka,

Wah Suzy merokok.

 

Berapa kali mereka bercium.. Yang Se-jong..

 

Yang Se-jong ialah pemenang sebenar.

 

Banyak kali sangat babak ciuman mereka..

 

Dengan bunyi sekali.. Suzy dah besar..

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...