Ikuti Kami:

“Dia Kaya..” – Ahli ‘Running Man’ Terkejut Song Jihyo Dedah Identiti Sebenar Keluarganya

“Dia Kaya..” – Ahli ‘Running Man’ Terkejut Song Jihyo Dedah Identiti Sebenar Keluarganya

Meskipun 13 tahun bersama, tak semestinya kita mengenali dengan mendalam rakan rapat kita kan?

Dalam episod terbaru, ahli “Running Man” telah berpakaian era dahulu untuk misi istimewa ‘Joseon Tazza’.

Selepas menjalani misi, mereka bersembang mengenai pelbagai perkara termasuklah kekayaan keluarga masing-masing. Yoo Jae-suk kemudian menyebut mengenai ibu bapa Song Ji-hyo yang dikatakan mempunyai bisnes makanan ‘sup mee potong mulberi’ namun wanita itu menafikannya.

Ahli lain turut menyebut pelbagai makanan lain seperti ‘sup mee’, ‘sujebi’ dan lain-lain. Penat mendengar lemparan tekaan yang asyik tak mengena, jawab wanita tersebut,

Ibu bapa saya ada bisnes feri di sini.

song jihyo

Kesemua mereka tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut kerana pertama kali mendengar mengenai hal berkenaan,

Ini kali pertama saya mendengarnya. Paling sedikit pun, mesti capai ratusan juta won.

Song Ji-hyo menjelaskan bahawa ibu bapanya baru sahaja menjalankan bisnes berkenaan dan tidak berkesempatan memberitahu mereka,

Saya tak cakap sebab ianya baru sahaja dan hal ibu bapa saya ialah hal mereka manakala hal saya ialah hal saya.

running man

Celah Jeon So-min,

Saya betul-betul tak tahu.

Usik Yoo Jae-suk,

Heo Kyung-hwan bukan lagi wakil Tongyeong, anak kesayangan Tongyeong kini ialah Song Ji-hyo.

Pandai Song Ji-hyo berahsia.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...