Ikuti Kami:

Didakwa Ditolak Ke Tepi Pihak Produksi, Interaksi Song Jihyo & Pengarah ‘Running Man’ Jadi Perhatian

Didakwa Ditolak Ke Tepi Pihak Produksi, Interaksi Song Jihyo & Pengarah ‘Running Man’ Jadi Perhatian

Sudah 13 tahun bersiaran, sudah pasti akan ada perbalahan dan pandangan yang bercanggah antara peminat dan juga ahli “Running Man”.

Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai pendapat yang meminta rancangan itu mengubah format programnya. Lebih memberikan fokus pada perbualan dan aktiviti minda seperti kuiz dan sebagainya.

Disebabkan itu, ada perdebatan yang mengatakan bahawa format berkenaan sepertinya berat sebelah terhadap ahli yang pakar berbicara dan ahli seperti Song Ji-hyo, yang lebih kuat dari sudut fizikal tenggelam sejak beberapa tahun ini.

Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan bahawa pihak produksi “Running Man” tidak mengambil kira bakat masing-masing sehingga kurang memberikan perhatian pada bakat tersembunyi Song Ji-hyo hinggakan tempoh babaknya hanya beberapa minit pada saban episod.

Walaupun dengan khabar angin itu, namun hubungan pihak produksi dan Song Ji-hyo nampaknya masih kekal rapat meskipun dengan gosip itu berterbangan. Dalam video yang tular di media sosial ini, pengarah Choi Hyung-in dan Song Ji-hyo dilihat berpelukan semasa penggambaran terbaru “Running Man” sambil berbincang semasa rakaman.

Melihatkan hubungan yang rapat itu dan kesungguhan pelakon wanita tersebut memberikan pendapat semasa rakaman. Dek perubahan itu, penonton berharap akan ada sinar baru buat program berkenaan.

Bahkan ramai yang memuji Song Ji-hyo sejak kebelakangan ini kerana semakin aktif dalam beberapa misi fizikal.

Syok lihat hubungan mereka~

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...