Ikuti Kami:

“Dia Kata Geli Hati” – Jeon Doyeon Kongsi Reaksi Anak Tonton ‘Crash Course in Romance’

“Dia Kata Geli Hati” – Jeon Doyeon Kongsi Reaksi Anak Tonton ‘Crash Course in Romance’

Apabila tidak sibuk dengan dunia lakonan, Jeon Do-yeon terus lagi belajar untuk menjadi ibu yang terbaik.

Terbaru, pelakon Jeon Do-yeon telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan “You Quiz on the Block”.

Dalam rancangan itu, pelakon tersebut berkongsi mengenai penerimaan hebat yang diterima oleh “Crash Course in Romance” baru-baru ini.

Jeon Do-yeon berkata,

Saya menerima begitu banyak maklum balas yang baik sehingga semua orang akhirnya gembira. Saya berasa gembira.

jeon doyeon

Tambahnya lagi, drama “Crash Course in Romance” merupakan karya romantik pertamanya sejak 18 tahun yang lalu selepas “Lover in Prague”.

Selain itu, wanita tersebut turut berkongsi cerita mengenai anaknya yang berusia 15 tahun kini sambil tertawa.

Anak saya mengatakan babak melibatkan saya membuatkan hatinya geli dan ianya terlalu manis hingga membuatkan giginya rosak.

jeon doyeon

Apabila ditanya dia ibu yang bagaimana selepas 16 tahun berkahwin, dia menjawab,

Saya sama seperti Haeng-seon. Saya menyerahkan semuanya buat anak dan saya juga tidak tahu banyak perkara lagi sebagai ibu namum saya banyak belajar dengan bertanya kepada mereka.

Apa-apa pun watak Jeon Do-yeon dalam drama “Crash Course in Romance” memang beri impak.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...