Ikuti Kami:

“Tak Selesa..” – Jeon Doyeon Akui Tak Pernah Jumpa Orang Seperti Jung Kyungho Atas Sebab ‘Ini’

“Tak Selesa..” – Jeon Doyeon Akui Tak Pernah Jumpa Orang Seperti Jung Kyungho Atas Sebab ‘Ini’

Drama “Crash Course in Romance” popular, nampaknya ramai yang suka dengan gandingan antara Jung Kyung-ho dan Jeon Do-yeon.

Terbaru, Jeon Do-yeon telah terlibat dengan satu temu bual khas susulan tamatnya drama berkenaan. Ketika sesi temu bual, pelakon wanita itu berkongsi mengenai pertemuan pertamanya dengan Jung Kyung-ho,

Apabila saya bertemu dengannya, dia memuji saya sehingga saya mengelak darinya pada awalnya. Ia terlalu membebankan dan tidak selesa. Kerana dia puji saya di depan, saya tak tahu nak buat apa.

Jelas pelakon berumur 50 tahun itu lagi,

Tapi Kyung-ho cakap macam tu bukan sahaja pada saya, tetapi pada semua orang. Saya rasa saya tak pernah jumpa orang macam tu. Dia seorang yang pandang setiap orang dan bersalam. Bukan sebab saya senior tapi sebab saya tahu dia memang orang macam tu, saya terus buka hati saya.

jeon doyeon jung kyungho

Kemudian, Jeon Do-yeon juga turut memberi respon tentang episod akhir drama tersebut yang meraih rating sebanyak 17%. Jelasnya,

Kami mendapat banyak perhatian, jadi saya fikir kami akan mencapai 20%. Tetapi projek akan dianggap berjaya jika ia memperoleh lebih 10% pada hari ini. Jadi, saya hanya menikmati setiap saat.

Korang nak tak tengok Jeon Do-yeon bekerjasama sekali lagi tak dengan Jung Kyung-ho?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...