Ikuti Kami:

“Dia Kacak” – Rapat Dek ‘Doctor Cha’, Uhm Junghwa Ajak Kim Byungchul Bercinta?

“Dia Kacak” – Rapat Dek ‘Doctor Cha’, Uhm Junghwa Ajak Kim Byungchul Bercinta?

Meskipun sudah tamat, namun barisan pelakon “Doctor Cha” tetap menonjolkan ukhwah yang rapat hingga kini.

Pada 27 Jun, Uhm Jung-hwa, Kim Byung-chul, Myung Se-bin dan Min Woo-hyuk telah hadir sebagai tetamu dalam “Dangpo” dan ini merupakan pertama kali mereka muncul bersama dalam sebuah program televisyen.

Ketika berbual, Uhm Jung-hwa sempat memuji personaliti sebenar Kim Byung-chul,

Dia sangat diam dan kadang kala suka main-main.

Apabila ditanya bagaimana dia memanggil Uhm Jung-hwa,

Saya panggilnya ‘noona’ (kakak). Sebab kami berlakon watak pasangan yang sudah lama berkahwin, saya menggunakan bahasa tak formal untuk mula mendekatinya.

kim byungchul uhm junghwa

Gurau pelakon wanita itu, dia meminta Kim Byung-chul supaya menggunakan bahasa formal kini memandangkan mereka sudah habis menjalani penggambaran. Balas lelaki itu,

Saya juga sebenarnya terbeban perlu bercakap bahasa tak formal dengan awak. Leganya.

Bukan itu sahaja, Kim Byung-chul mendedahkan bahawa ramai yang mengatakan dia kacak dalam drama berkenaan. Jawab Uhm Jung-hwa mengakuinya,

Apabila saya melihat Kim Byung-chul sebelum ini, saya tidak memberikan perhatian lebih buat penampilannya. Tapi, saya sedar yang dia agak tampan semasa penggambaran.

kim byungchul uhm junghwa

Usik salah seorang pengacaranya,

Saya ada dengar Kim Byung-chul mengatakan bahawa dia suka Uhm Jung-hwa semasa di set penggambaran.

Seloroh pelakon wanita berkenaan,

Kalau macam tu, jom dating.

Mendengarkan pengakuan Uhm Jung-hwa, kesemua tetamu dan pengacara mengeluarkan senyuman dan tawa bermakna buat mereka.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...