Ikuti Kami:

“Dia Jumpa 400 Orang” – Muat Naik Foto Suami Dengan Ayat Pelik, Hwang Jungeum Bakal Bercerai Lagi?

“Dia Jumpa 400 Orang” – Muat Naik Foto Suami Dengan Ayat Pelik, Hwang Jungeum Bakal Bercerai Lagi?

Adakah Hwang Jung-eum sedang menghadapi masalah rumah tangga kini?

Terbaru, wanita itu telah memuat naik beberapa foto suaminya dalam entri berasingan di Instagram. Walaupun normal bagi pasangan untuk menayangkan rasa cinta mereka namun agak pelik kerana Hwang Jung-eum tidak pernah memaparkan gambar Lee Young-don sebanyak ini sebelum ini. Malah kapsyen yang ditulisnya juga menimbulkan rasa hairan netizen. Tulisnya,

Suami saya yang baik dan cantik. Suami saya, Lee Young-don melalui kehidupan yang sangat sibuk selepas berkahwin dengan saya^^ Awak terlalu sibuk sehingga kini tapi awak boleh bertenang dan bergembira sekarang.

Kapsyen lain dalam entri berasingan,

Sayang saya, Lee Young-don yang lahir pada tahun 1982. Dia sangat suka apabila dihadiahkan coklat.

hwang jungeum ig

Balas seorang individu pada entri itu,

Oh, macam ni rupa Lee Young-don.

Respon Hwang Jung-eum,

Dia merupakan seseorang yang awak tak akan ingat pun selepas berjumpa sekali. Kalau tak silap saya, dia berjumpa dengan 400 orang.

Komen netizen selepas melihat respon rawak Hwang Jung-eum yang tak pernah dilihat sebelum ini,

Sepertinya ada sesuatu yang berlaku.

 

Bukan ke Hwang Jung-wum mahu menceraikan Lee Young-don sebelum ini? Sepertinya lelaki itu curang.

 

Saya rasa mereka di ambang penceraian.

 

Macam ada sesuatu disebalik ayatnya.

 

Ingat dorang okay je tapi pasti ada sesuatu yang berlaku.

 

Kenapa saya rasa dia baru memanaskan badan sahaja kini sebelum mendedahkan sesuatu yang lebih besar.

lee youngdon

Sebelum ini, Hwang Jung-eum pernah mengumumkan bakal bercerai pada 2020 selepas mengakui mengalami krisis bersama suaminya, Lee Young-don. Walau bagaimanapun, selepas menjalani meditasi bersama mahkamah, kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk kembali bersama dan membatalkan permohonan penceraian mereka.

Hmmm.. pelik jugak sebenarnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...