Ikuti Kami:

“Ibu Bapa Saya Tak Tahu..” – Hampir Bercerai, Hwang Jungeum Buka Cerita Sebenar

“Ibu Bapa Saya Tak Tahu..” – Hampir Bercerai, Hwang Jungeum Buka Cerita Sebenar

Tak semua perkahwinan akan bahagia sahaja, pastinya akan ada onak dan duri juga.

Umum mengetahui, bahawa Hwang Jung-eum pernah mengumumkan bakal bercerai pada 2020 selepas mengakui mengalami krisis bersama suaminya, Lee Hyung-don. Walau bagaimanapun, selepas menjalani meditasi bersama mahkamah, kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk kembali bersama dan membatalkan permohonan penceraian mereka.

Dalam episod terbaru “My Ugly Ducklings”, Hwang Jung-eum telah hadir untuk mempromosikan drama “The Escape Of The Seven” dan dalam masa yang sama sempat berkongsi mengenai kehidupannya kini.

hwang jungeum

Jelas pelakon wanita itu, keluarganya juga hanya mengetahui mengenai keputusannya untuk bercerai sehari sebelum berita itu diumumkan di media. Katanya, mereka nyata terkejut kerana tidak menyangkan anak perempuan kesayangan mengalami kesulitan seperti itu.

Katanya,

Kami membuat pilihan yang baik untuk kembali bersama.

Untuk mengetahui kisah lanjut Hwang Jung-eum, nantikan episod akan datang “My Ugly Ducklings”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...