Ikuti Kami:

“Dia Jawab Telefon Sambil Mandi..” – Yoo Jaesuk Makin Rapat Dengan Song Jihyo Kini

“Dia Jawab Telefon Sambil Mandi..” – Yoo Jaesuk Makin Rapat Dengan Song Jihyo Kini

Perasan tak yang Song Ji-hyo dah semakin aktif kini dalam “Running Man”?

Dalam episod terbaru program ini, para ahli telah menyertai pelarian musim panas dengan tema “Running Man Outing: Summer Vacation”.

Untuk tayangan ini, mereka telah melakukan pelbagai misi di perkampungan terpencil di mana ada yang perlu memasak dan bekerja di kebun. Semasa makan bersama, Yoo Jae-suk telah bercerita mengenai hubungan rapat dengan Song Ji-hyo,

Saya dan Ji-hyo sudah seperti adik-beradik sejak beberapa bulan kini. Kami sering menghubungi satu sama lain dan dia memberitahu pelbagai perkara pada saya. Ada sekali saya terlepas pandang panggilan darinya, apabila menghubunginya semula kemudian, dia menjawab dengan ceria, ‘Oppa, saya tengah mandi sekarang’.

Balas wanita itu,

Saya menerima panggilannya semasa menonton YouTube ketika mandi.

Jelasnya, dia memang suka menonton saluran YouTube bertemakan misteri atau thriller semasa mandi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...