Ikuti Kami:

“Dia Jalan Ke Arah Saya” – Kyuhyun SUPER JUNIOR Kongsi Kisah Jumpa Bekas Teman Wanita

“Dia Jalan Ke Arah Saya” – Kyuhyun SUPER JUNIOR Kongsi Kisah Jumpa Bekas Teman Wanita

Kyu-hyun SUPER JUNIOR telah menceritakan kisah pertemuan semula bersama bekas teman wanitanya.

Pada 9 Januari, Kyu-hyun telah muncul sebagai tetamu di dalam rancangan YouTube milik Sung Si-kyung.

Di dalam video ini, mereka telah berkongsi pelbagai perkara dan salah satunya merupakan kisah percintaan silam Kyu-hyun. Malah, ini juga merupakan kali pertama ahli SUPER JUNIOR tersebut mendedahkan kisah percintaannya.

Katanya,

Pernah satu masa ni saya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dan masa saya tengah lihat ke luar cermin, saya nampak bekas teman wanita saya.

Tambahnya,

Van saya berhenti dekat dengan laluan berjalan kaki dan pada masa itu bekas teman wanita saya sedang berjalan ke arah van saya bersama rakannya.

kyuhyun gf

Adunya,

Saya terkejut bila mereka berhenti betul-betul di sebelah van yang saya naik. Mungkin ini kedengaran seperti cerita palsu tapi ianya kisah benar.

Tidak berhenti di situ, dia turut berkata,

Kami hanya dipisahkan oleh cermin van dan saya boleh tegur dia jika saya buka cermin tersebut. Tambahan pula pada masa tu kami dah dua tahun berpisah dan saya pun sudah tidak menyimpan sebarang perasaan dekat dia.

Dah macam babak dalam drama dah cerita Kyu-hyun ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...