Pejam celik pejam celik, siapa sangka dah hampir 7 tahun sejak Jong-hyun SHINee meninggalkan kita semua.
Terbaru, pelakon Shin Se-kyung dilihat telah pergi melawat kubur mendiang Jong-hyun, dengan membawa bunga untuk menghiasi semula kuburnya.
Bagi yang belum tahu, Shin Se-kyung dan mendiang pernah menjalinkan hubungan pada Oktober 2010 yang lalu namun, telah berpisah tidak lama kemudian disebabkan tekanan dari peminat.
Meskipun sudah tiada hubungan, pelakon wanita itu nampaknya tetap menghormati mendiang malahan, turut mengucapkan selamat tinggal kepada bekas teman lelakinya itu pada hari pengebumian.
Menurut saksi, Shin Se-kyung tidak dapat menahan dari menangis apabila melihat potret Jong-hyun. Tambahan, dia juga berada di tempat pengebumian selama dua jam.
Nampak sangat mendiang Jong-hyun baik orangnya..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.