Hari ini, dunia hiburan telah dikejutkan dengan pemergian seorang pelakon berbakat.
Pada 30 September, agensi mengumumkan bahawa Park Ji-ah telah meninggal dunia selepas bertarung dengan pendarahan otak.
Menurut laporan, pelakon “The Glory” iaitu Song Hye-kyo telah menghantar kalungan bunga di tempat pengebumian, sebagai tanda hormat dan ucapan selamat tinggal kepada mendiang.
Selain itu, Park Sung-hoon, Jung Sung-il, Kim Hieora dan Kim Gun-woo turut dijangka akan melawat dewan perkabungan, yang akan berlangsung pada 2 Oktober nanti.
Tambahan, Yeom Hye-ran, Cha Joo-young dan penulis Kim Eun-sook sukar untuk mengesahkan kehadiran mereka kerana mempunyai jadual peribadi tetapi, mereka merancang untuk meratapi si mati dengan cara tersendiri.
Salam takziah buat keluarga si mati.