Ikuti Kami:

“Dia Harta Saya” – Ibu Mendiang Lee Jihan Meraung Sambil Pegang Kasut Anaknya

“Dia Harta Saya” – Ibu Mendiang Lee Jihan Meraung Sambil Pegang Kasut Anaknya

Siapa yang tidak hiba apabila anak kesayangan yang baru mahu merasai dunia dewasa, telah diragut nyawanya dek insiden tak dijangka.

Terbaru, “New Desk” telah melaporkan kejadian tragedi Itaewon dari lokasi pusat hilang dan cari bertempat di Gimnasium Tertutup di Wonhyo-ro, Yongsan-gu, Seoul.

lee jihan itaewon

Pada hari itu, ahli keluarga hadir ke situ bagi mengenalpasti barangan milik mangsa. Salah seorang dari mereka ialah ibu Lee Ji-han yang keluar sambil memegang erat kasut mendiang anaknya itu. Jeritnya,

Apa yang saya perlu buat sekarang? Kalau anak Perdana Menteri han Deok-soo menghubungi 112, ratusan polis pasti akan digerakkan. Kenapa awak buat tidak endah panggilan 112 dari orang biasa?

Katanya menangis,

Selepas merayau di sekitar hospital, baru saya menjumpai mayat anak saya. Saya cuba melakukan CPR namun dia tak bangun. Anak kami sangat cantik, dia harta saya.

lee jihan itaewon

Untuk pengetahuan, Lee Ji-han merupakan peserta ‘Produce 101’ musim kedua dan baru memulakan kerjayanya sebagai pelakon. Pun begitu, tragedi Itaewon itu nyata meragut nyawa serta peluangnya untuk melakukan debut dalam drama saluran awam iaitu “The Season Of Kokdu”.

Sedihnya…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...