Jung Hae-in hadapi kesukaran? Dah kenapa…

Tak sabar kan nak tunggu tayangan “D.P” musim kedua? Ha sebelum ini, para pelakon seperti Jung Hae-in dan Son Suk-ku berkongsi bahawa mereka sudah selesai menjalani penggambaran bagi musim terbaru siri tersebut.
Terbaru, penulis skrip bagi siri “D.P” musim kedua, Kim Bo-tong hadir dalam satu sesi temu bual bagi siri asal “The King Of The Desert”. Namun, dia juga sempat berkongsi pandangannya untuk musim terbaru “D.P”.
Saya rasa perjalanan pembikinan siri ini berjalan dengan baik dan para pelakon juga berjaya menghidupkan watak mereka masing-masing. Saya juga rasa siri ini sangat sesuai untuk penonton kerana ia akan membuat mereka tertanya-tanya, sama ada tindakan mereka betul atau salah, bagaimana mereka merungkai masalah dan tindakan yang dipilih untuk menyelesaikan masalah.
Dia juga menambah,
Kalau nak saya berikan ‘hint’ bagi musim kedua ini, saya boleh katakan watak Jun-ho akan hadapi lebih banyak kesukaran dan ianya tidak boleh disamakan dengan musim pertama. Ianya berbeza. Saya rasa saya bagi spoiler yang agak jelas ya!
Alamak… maknanya “D.P” musim kedua ni lebih intense ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.