Ikuti Kami:

“Dia Guna..” – Rambut Hampir Terbakar, Lee Chaeyeon Kongsi Pengalaman Dibantu Seulgi RED VELVET

“Dia Guna..” – Rambut Hampir Terbakar, Lee Chaeyeon Kongsi Pengalaman Dibantu Seulgi RED VELVET

Lee Chae-yeon telah berkongsi kisah yang tidak akan pernah dia lupakan.

Pada 21 Februari, Lee Chae-yeon telah muncul di dalam rancangan YouTube “Inssadong Sulzzi” bersama dengan Kang Hye-won. Di mana, penyanyi solo tersebut telah menceritakan pengalaman ngeri yang menimpa dirinya.

Katanya,

Saya pernah jadi terlalu mabuk dan perkara ini terjadi baru-baru ini.

Tambahnya,

Masa itu saya tengah keluar makan dan atas meja tu ada lilin. Sebab terlampau mabuk, rambut saya terkena lilin tu dan terbakar.

lee-chaeyeon-seulgi

Sambungnya lagi,

Nasib baik masa tu saya ada bersama dengan Seul-gi RED VELVET. Seul-gi padam api di rambut saya dengan hanya menggunakan tangannya.

Dia turut berkata,

Jadi, masa hari tu saya bukan sahaja rasa kehangatan api tersebut. Saya juga dapat rasakan kehangatan kasih sayang Seul-gi.

Nasib baik ada Seul-gi kalau tak memang Lee Chae-yeon kena potong rambut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...