Nama G-Dragon dan Karina sedang menjadi topik bualan hangat dikalangan peminat.
Tular di forum atas talian selepas seorang peminat mendapati bahawa G-Dragon telah mengikuti Instagram Karina aespa.
Lebih mengejutkan selepas ahli BIGBANG itu didapati mengikuti penyanyi wanita tersebut menggunakan akaun Instagram peribadinya iaitu ‘peaceminusone’.
Akaun tersebut sebelum ini dikenali ramai sebagai akaun peribadi GD selepas ianya pernah diikuti oleh selebriti-selebriti terkenal seperti Lisa BLACKPINK, Min Hee-jin, ahli 2NE1 serta semua penerbit lagu yang pernah bekerja dengan BIGBANG.
Malah, akaun tersebut juga pernah dilihat berinteraksi dengan pelakon terkenal Lee Soo-hyuk yang juga merupakan sahabat baik G-Dragon.
Komen netizen selepas hantaran ini tular,
- G-Dragon dengan Karina ke sekarang?
- Dia ikut hampir kesemua selebriti.
- GD banyak habiskan masa di Instagtram.
- Biar betul?
- Mungkin mereka berkawan saja..
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.