Berita gembira buat peminat BIGBANG dan G-Dragon!
Terkini, media telah melaporkan bahawa GD atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong, telah berjaya memenangi dan menuntut semula semua hak untuk menggunakan nama ‘G-Dragon’ dari syarikat lamanya, YG Entertainment.
Antara hak yang berjaya dituntut termasuk penggunaan nama ‘G-Dragon’ dan semua lagu-lagu yang dikeluarkan oleh ahli BIGBANG itu semasa bergelar penyanyi di bawah naungan YG Entertainment sejak dari kemunculan sulungnya pada tahun 2008.
G-DRAGON has successfully reclaimed the ‘G-DRAGON’ trademark from YG Entertainment. pic.twitter.com/dQQp4sEX8r
— Kpop Charts (@kchartsmaster) May 24, 2024
Terlebih dahulu, G-Dragon telah membuat keputusan untuk meninggalkan YG pada tahun 2023 selepas lebih 20 tahun bernaung di bawah syarikat itu.
Ketua kumpulan BIGBANG itu kini berada di bawah syarikat Galaxy Corporation dan sedang melakukan persediaan untuk melakukan kemunculan semula buat kali pertama sejak keluaran album terakhirnya, “Kwon Ji-yong” pada tahun 2017.
Tahniah GD dan VIP!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.