Ikuti Kami:

“Dia Dengan Saya Berbeza” – Byun Wooseok Ulas Watak Dalam ’20th Century Girl’

“Dia Dengan Saya Berbeza” – Byun Wooseok Ulas Watak Dalam ’20th Century Girl’

Kalau tengok berkali-kali pun, impak drama “20th Century Girl” masih hebat ya…

Baru-baru ini, teraju utama drama tersebut, Byun Woo-seok hadir dalam satu sesi temu bual bagi drama hit “20th Century Girl”. 20th century girlMemegang watak sebagai Poong Woon-ho, dia berkata,

Saya ada sedikit rasa sangsi sebelum menerima tawaran ini, kerana saya perlu membawa watak sebagai pelajar sekolah. Saya kini dah berumur 30-an. Namun, bila saya sudah membaca skrip, saya terus menyukai watak tersebut. Semua babak bagi watak itu adalah sangat indah dan tersusun.

Saya sendiri tak percaya bahawa gandingan saya adalah Kim Yoo-jung dan jujur, saya sendiri merasakan sedikit tertekan pada mulanya kerana dia pelakon yang hebat. 

byun wooseokMelihat kepada perbezaan watak Woon-ho dan personaliti sebenarnya, Byun Woo-seok berkata,

Saya jenis seorang yang mengekspresikan perasaan saya secara terbuka. Tetapi, Woon-ho lebih memilih untuk menahan tindakannya dan bagaimana dia meluahkan perasaannya. Dia jenis yang suka memendam.

Walaupun begitu, saya rasa, personaliti saya dan watak itu ada persamaan dari segi cara kami berfikir dan bagaimana kami melayan orang sekeliling. Makin lama saya membawa watak Woon-ho, makin saya mampu memahami dirinya dengan lebih mendalam.

byun wooseokKorang suka tak lakonan Byun Woo-seok?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...