Ikuti Kami:

“Dia Dah Keluar ‘Running Man’..” – Interaksi Kelakar Lee Kwangsoo & NingNing aespa Tular

“Dia Dah Keluar ‘Running Man’..” – Interaksi Kelakar Lee Kwangsoo & NingNing aespa Tular

Nampaknya sampai bila pun Lee Kwang-soo akan dikaitkan dengan “Running Man”.

Dalam episod terbaru ‘GYM Jongkook’, Kim Jong-kook telah menjemput kumpulan aespa sebagai tetamu yang akan mempelajari lebih mendalam mengenai senaman dengan alatan gimnasium.

Sebelum memulakan aktiviti bersama, Kim Jong-kook sempat bersembang untuk mengenai lebih mendalam mengenai kumpulan yang dianggotai Karina, Winter, Giselle dan NingNing itu.

ningning lee kwangsoo

Momen kelakar bermula apabila NingNing mengatakan bahawa Lee Kwang-soo merupakan ahli “Running Man” kegemarannya. Kim Jong-kook menggunakan kesempatan itu untuk menghubungi pelakon berkenaan supaya idola itu dapat berbual dengannya.

Walau bagaimanapun, keadaan menjadi huru-hara apabila Lee Kwang-soo silap meneka “Next Level” sebagai lagu pertama mereka. Jawab NingNing sebelum ketawa besar,

Ianya adalah ‘Black Mamba’.

Sebelum menutup panggilan itu, ucapa NingNing selamba,

Saya juga sedang seronok menonton awak dalam ‘Running Man’.

ningning lee kwangsoo

Balas Kim Jong-kook,

Tapi dia dah keluar..

Selepas tertawa besar, mereka mengucapkan kata-kata sokongan buat kerjaya masing-masing.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...