Ikuti Kami:

“Dia Dah Bagi Amaran” – Visual Menarik Mingyu SEVENTEEN Jadi Bualan Peminat

“Dia Dah Bagi Amaran” – Visual Menarik Mingyu SEVENTEEN Jadi Bualan Peminat

Jejaka ini semestinya tidak pernah gagal menambat hati para wanita.

Baru sahaja selesai penggambaran bersama jenama terkenal ELLE KOREA, Mingyu SEVENTEEN kini meraih perhatian para peminat.

Menunjukkan proposi dan visual badan yang menarik, Mingyu semestinya layak digelar ‘full-package’. Dia juga mula menjadi sebutan selepas konsert jelajah dunia, “SEVENTEEN BE THE SUN” di Amerika Utara.

Para peminat pastinya kini amat mengagumi ketampanan Mingyu dan rata-rata dalam kalangan peminat, mula berkongsi pandangan mereka melalui hasil gambar bagi sesi penggambaran bersama ELLE KOREA.

Menerusi sesi temu bual Mingyu bersama ELLE KOREA, dia berkata,

Konsert jelajah SEVENTEEN dia Amerika Utara, semestinya persembahan terhebat kami. Saya rasa peminat tempatan di sana kian meningkat dan kami semua senang berada di atas pentas, menghiburkan mereka. 

Selain itu, dia berkata,

Saya kurang merasa bangga dengan kejayaan saya, selagi saya tidak mendengar sorakan peminat dari atas pentas. Sebelum ini, kami pernah membuat persembahan di “Asia Artist Awards” namun ianya merupakan persembahan pra-rakaman. Jadi, walaupun ia dirakamkan, diakhir persembahan kami masih menerima sokongan dan tepukan daripada junior yang krew terlibat. Ketika itu, saya rasa gembira dan bersyukur kerana menerima sokongan sebegitu. Itulah kejayaan bagi saya. 

https://twitter.com/jeonmanwon/status/1571665835869245440?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1571665835869245440%7Ctwgr%5E40cf8f180c06fb002717835944004f035b15fa53%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.koreaboo.com%2Fnews%2Fseventeen-mingyu-fans-wild-body-proportions-elle-korea-photoshoot%2F

Yang pasti, Mingyu tetap terpaling tampan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...