Ikuti Kami:

(VIDEO) Aksi Mesra Mingyu SEVENTEEN Bersama Staf Wanita Jadi Perdebatan

(VIDEO) Aksi Mesra Mingyu SEVENTEEN Bersama Staf Wanita Jadi Perdebatan

Baru-baru ini, Mingyu daripada kumpulan SEVENTEEN telah dikritik dek sebuah video yang tular di serata media sosial.

Berdasarkan video yang dimuat naik di YouTube dan tersebar di Twitter itu, idola berkenaan dilihat mesra dengan salah seorang staf wanita di belakang pentas ketika ‘KBS Gayo Daechukje’.

Di dalam video itu, Mingyu dilihat meletakkan kedua belah lengan di bawah ketiak staf berkenaan dan mengangkatnya.

mingyu seventeen

Rata-rata komen mengkritik idola itu kerana kurang manis menyentuh staf wanita seperti itu di tempat awam. Antara komen yang ditinggalkan,

Pelakuan tak elok daripada idola.

 

Saya kecewa melihatnya berkelakuan seperti itu bersama staf bertentangan jantina.

 

Sepatutnya dia berkelakuan seperti itu di tempat lain.

Pun begitu, ramai yang menyatakan bahawa tidak salah dia berkelakuan begitu. Kata seorang peminat,

Kebanyakan CARATS (peminat SEVENTEEN) tidak akan menganggap kelakuan Mingyu bermasalah. Sebaliknya, peminat yang menentang sentuhan ringan adalah salah.

mingyu seventeen

Dalam pada itu, terdapat peminat yang meminta Mingyu lebih berhati-hati apabila di tempat umum memandangkan idola itu pernah terplit dengan kes pelanggaran penjarakan sosial dek COVID-19 kerana berada di sebuah pub di Itaewon.

Malah pada Mac tahun lalu, seni kolaj Mingyu turut terpalit kontroversi apabila ianya kelihatan seperti rakaman secara haram di mana terdapat imej seorang wanita tanpa lengan dan lelaki memegang kamera.

Setakat ini, tiada respon daripada Mingyu mahupun agensinya mengenai video yang tular ini.

Mereka kawan baik ke kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...