Ikuti Kami:

“Dia Dah Ada Banyak..” – Jung Haein Dedah Terima Tawaran Drama ‘Mom’s Friend’s Son’ Kerana Jung Somin

“Dia Dah Ada Banyak..” – Jung Haein Dedah Terima Tawaran Drama ‘Mom’s Friend’s Son’ Kerana Jung Somin

Jung Hae-in telah meluahkan perasaan tentang percubaan pertamanya berlakon drama romantik komedi.

Pada 1 Februari, majalah Harper’s Bazaar telah mengeluarkan temu bual mereka bersama dengan pelakon Jung Hae-in.

Di mana dalam temu bual tersebut, pelakon itu telah meluahkan perasaan sebenarnya selepas diberi peluang untuk berlakon dalam drama bergenre romantik komedi buat pertama kalinya.

Katanya di dalam temu bual tersebut,

Saya sangat menantikan drama ini kerana ini kali pertama saya cuba untuk bawa watak dalam drama romantik komedi.

jung-haein-harper-bazaar

Tambahnya,

Pasangan saya iaitu Jung So-min dah ada pengalaman dalam drama seperti ini dan sejujurnya disebabkan itu saya buat keputusan untuk terima tawaran yang diberikan.

Sambung pelakon itu lagi,

Dalam masa yang sama, saya dah tak sabar dan berasa teruja untuk belajar lakonan baru yang bakal saya bawakan. Saya juga ingin tunjuk pada semua peminat serta penonton sisi baharu saya dalam drama ini.

Dah nama pun Jung Hae-in, mesti gempak punya lakonan dia nanti kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...