Ikuti Kami:

“Dia Chaebol” – Urus Feri Besar, Bisnes Keluarga Song Jihyo Dapat Keuntungan Lebih RM14 Juta?

“Dia Chaebol” – Urus Feri Besar, Bisnes Keluarga Song Jihyo Dapat Keuntungan Lebih RM14 Juta?

Pandai kan Song Ji-hyo berahsia? Siapa sangka keluarga pelakon wanita itu sebenarnya merupakan pengusaha berjaya.

Dalam episod terbaru “Running Man”, wanita itu akhirnya mengakui pekerjaan sebenar ibu bapanya selepas diasak ahli lain dengan dakwaan palsu seperti dia memiliki perniagaan makanan dan sebagainya,

Mereka ada perniagaan feri di Tongyeong.

Selepas pendedahan berkenaan, media melaporkan bahawa keluarga Song Ji-hyo memiliki operasi feri penumpang di Pelabuhan Junghwa yang menghubungkan Tongyeong ke Yokjido dan Pulau Yeonhwado.

song jihyo family

Memulakan operasi sejak 2018, syarikat milik ibu bapa Song Ji-hyo memiliki kapal besar seberat 382 tan yang boleh menampung pelancong dan kenderaan.

Menurut peminat yang ‘menyelongkar’ lebih mendalam mengenai bisnes ini, khabarnya syarikat Yokji Shipping milik keluarga pelakon itu mendapat keuntungan sebanyak 3 ke 4 bilion won (RM14.4 juta) pada saban tahun.

Kaya macam ni pun tapi dorang merendah diri kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...