Ikuti Kami:

“Dia Cepat Terluka..” – Yoo Jaesuk & Jo Insung Kongsi Personaliti Sebenar Lee Kwangsoo

“Dia Cepat Terluka..” – Yoo Jaesuk & Jo Insung Kongsi Personaliti Sebenar Lee Kwangsoo

Siapa yang perasan, Lee Kwang-soo, Jo In-sung, Kim Ki-bang, Im Joo-hwan, Do Kyung-soo dan Kim Woo-bin merupakan kumpulan rakan yang baik dalam industri.

Menerusi temubual bersama Yoo Jae-suk dalam “Pinggyego” bagi mempromosikan drama “Moving”, Jo In-sung telah berkongsi cerita mengenai rakan baiknya, Lee Kwang-soo. Apabila ditanya apa itu Lee Kwang-soo buatnya, jawab pelakon itu,

Dia ialah jari saya yang sakit. Dia seorang yang perlu dijaga dengan teliti. Dia seorang yang sensitif tapi otaknya bergeliga. Sebab itu Lee Kwang-soo sering terluka, kerana dia membuatkan diri sendiri tersakiti.

lee kwangsoo jo insung

Jelas Jo In-sung lagi, Lee Kwang-soo nampak seperti seorang yang matang kini selepas melihatnya menjaga Do Kyung-soo dan Kim Woo-bin semasa mereka bercuti bersama,

Sebanyak mana dia terluka, sebanyak itu dia membesar.

Tambah Yoo Jae-suk, Lee Kwang-soo sangat berterima kasih dengan Jo In-sung kerana mendengar cerita yang terbuku di hatinya. Pun begitu, Jo In-sung menjelaskan bahawa Yoo Jae-suk juga banyak menjaga Lee Kwang-soo,

Disebabkan kasih sayang ramai orang buatnya, dia merupakan satu bunga yang berkembang dengan baik. Lee Kwang-soo dah jadi orang yang baik kini.

jo insung yoo jaesuk

Celah pengacara tersebut mengakhiri topik itu,

Tiba-tiba saya rasa rindu dengan Lee Kwang-soo.

Lee Kwang-soo disayangi semua tau..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...