Ikuti Kami:

“Dia Cantik & Rendah Diri..” – IVE Jadi Tetamu ‘Running Man’, Haha Puji Kebaikan Wonyoung

“Dia Cantik & Rendah Diri..” – IVE Jadi Tetamu ‘Running Man’, Haha Puji Kebaikan Wonyoung

Siap sedia semua untuk saksikan penampilan IVE sebagai kumpulan penuh dalam program “Running Man”!

Terbaru, Haha telah melakukan siaran langsung menerusi laman “Twitch” untuk berborak bersama peminat. Dalam siaran itu, Haha berkongsi,

IVE datang ‘Running Man’ hari ini. Ia benar-benar gila.

Kemudian, Haha turut berkongsi pendapatnya mengenai IVE dengan berkata,

Semua orang sangat cantik. Saya fikir ‘Jika anak perempuan saya besar nanti, bolehkah dia membesar seperti IVE?’.

jang wonyoung haha running man

Seterusnya, ahli “Running Man” itu turut memuji salah seorang ahli IVE iaitu Jang Won-young dengan mendedahkan tentang personalitinya. Kongsi Haha,

Won-young belum tamat pengajian. Ia benar-benar menakjubkan. Dia cantik dan mempunyai personaliti yang baik. Tiada apa yang dia tidak boleh lakukan. Bagaimana dia membesar dengan baik? Saya dengar dia belajar dengan baik dan dia juga seorang yang rendah diri. Dia lebih tinggi sikit dari saya.

Dalam pada itu, IVE telah selesai melakukan penggambaran untuk “Running Man” pada 9 Januari dan episod tersebut bakal disiarkan pada 29 Januari nanti.

Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...