Ikuti Kami:

“Dia Jadi Pilihan Pertama” – Produser Drama Berebut Mahu Ambil Jang Wonyoung Berlakon Kini

“Dia Jadi Pilihan Pertama” – Produser Drama Berebut Mahu Ambil Jang Wonyoung Berlakon Kini

Bukan sahaja dinamakan sebagai idola paling trending kini, Jang Won-young turut menjadi pilihan produser drama.

Khabarnya, banyak buku skrip telah dihantar buat ahli IVE itu kini, Walaupun tidak memiliki sebarang pengalaman berlakon tapi ramai produser yang mengatakan mereka sanggup mengambil risiko itu kerana percaya dengan kepopularitiannya.

Kata wakil produksi drama,

Jang Won-young merupakan model pengiklanan untuk syarikat telekomunikasi yang membuatkan Seolhyun popular dahulu. Ini sama seperti populariti dan ciri bintang Jang Won-young. Kalau kami ambil Jang Won-young, drama itu pasti akan bermula dengan penuh perhatian.

jang wonyoung

Meskipun mempunyai imej yang kuat sebagai idola, namun gadis tersebut mempunyai potensi lakonan yang besar. Bahkan ada penulis yang menulis skrip dengan membayangkan Jang Won-young sebagai wajahnya.

Pun beitu, sepertinya agak sukar untuk melihat dia berlakon dalam masa terdekat ini dek jadual padat bersama IVE selain penggambaran iklan solonya.

Namun Jang Won-young masih menjadi pilihan pertama untuk ramai penulis dan pengarah drama.

Bakal jadi pelakon hebat nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...