Dalam perbicaraan kes memandu dalam keadaan mabuk, Kim Sae-ron khabarnya melakukan pelbagai kerja separuh masa bagi mencari duit kini.
Terbaru, pelakon itu berkongsi beberapa keping foto menerusi Instagram miliknya di mana dia dilihat bekerja di sebuah kafe di bawah francais ‘Mega Coffee’.
Walau bagaimanapun, Mega Coffee menghubungi media dan menjelaskan bahawa Kim Sae-ron tidak pernah bekerja di bawah mereka. Kata wakilnya,
Kami boleh sahkan bahawa Kim Sae-ron tak pernah bekerja sebagai staf separuh masa rasmi di mana-mana kedai kami di seluruh negara. Pemilik lokasi ini memiliki staf yang merupakan rakan pelakon berkenaan. Pun begitu, pemilik itu menegaskan Kim Sae-ron tidak pernah bekerja di sana.
Jelas mereka lagi, rakan Kim Sae-ron itu sudah pun berhenti dari kedai berkenaan pada September 2022 dan mereka tidak mengetahui bahawa foto itu diambil.
Gambar itu diambil dalam sebuah dapur gelap yang bukan daripada kedai kami. Kedai kami tidak mempunyai dapur membakar yang asing.
Tak kan menipu kot..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉