Ikuti Kami:

“Dia Bukan Narsis” – Go Kyungpyo Ulas Watak Psiko Dalam Siri Disney Plus ‘Connect’

“Dia Bukan Narsis” – Go Kyungpyo Ulas Watak Psiko Dalam Siri Disney Plus ‘Connect’

Korang puas hati tak dengan siri Disney Plus “Connect”?

Baru-baru ini, pelakon Go Kyung-po menyertai satu sesi temu bual bersama majalah terkenal, Harper’s Bazaar Korea.

Siri ini mengisahkan mengenai Connect Dong Soo lakonan Jung Hae-in, yang diculik oleh pemburu organ dalaman dan telah kehilangan sebelah matanya. Kemudian, dia mendapati bahawa matanya telah ditransplan kepada seorang pembunuh bersiri dan dia tekad untuk mencari pembunuh tersebut.

Go Kyung-po juga sempat berkongsi bahawa,

Saya sebenarnya sangat teruja untuk menerajui siri ini. Ianya adalah watak yang saya sendiri tidak pernah lakonkan, jadi saya sangat terpanggil untuk bekerja bersama pengarah Takashi Miike, serta Jung Hae-in dan Kim Hye-joon. Tiada sebab untuk saya cakap tidak pada awalnya.

go kyungpyoMelihat kepada watak psikopatnya dalam “Connect”, iaitu watak Oh Jin-seob, dia berkata,

Oh Jin-seob adalah seorang yang suka melakukan seni terhadap mayat-mayat yang dibunuhnya. Untuk watak ini, dia sebenarnya tidak menyakiti orang lain kerana dia tidak rasa bersalah atau disebabkan dia sendiri adalah seorang narsis. Baginya, menyakiti orang lain adalah sesuatu yang nyata, satu hadiah, sama seperti ketika kita lapar, kita akan makan dan bila haus, kita akan minum. 

Korang dah tengok ke belum? Psiko betul kan Go Kyung-po….

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...