Utama Rancangan Hiburan “Dia Buat Saya Gila..” – Yoo Jaesuk Kongsi Telatah Anak Perempuan Kini

“Dia Buat Saya Gila..” – Yoo Jaesuk Kongsi Telatah Anak Perempuan Kini

yoo jaesuk

Umum pasti mengetahui bahawa Yoo Jae-suk merupakan antara selebriti terkenal di Korea Selatan.

Terbaru dalam program “Hangout with Yoo”, Yoo Jae-suk telah berkongsi mengenai telatah anak perempuannya Yoo Na-eun. Pada awalnya, dia berkata,

Jadi…Na-eun membuat saya gila sejak kebelakangan ini.

Kemudian, lelaki itu menjelaskan sambil mengeluh dan ketawa,

Dia dah membesar. Jadi sekarang dia faham bahawa saya seorang selebriti dan berada di TV. Setiap kali kami berada di dalam lif dan ada orang lain naik, dia akan berkata ‘Yoo Jae-suk ssi!’.

Nampaknya, makin sukar buat Yoo Jae-suk untuk menyembunyikan identitinya kini tambahan pula bila dia bersama dengan anak bongsunya itu.

Comel la!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERInsight
Loading...