Ikuti Kami:

“Dia Boleh Bawa Semua Watak” – Kang Dongwon Kongsi Rasa Kagum Lihat Lakonan IU

“Dia Boleh Bawa Semua Watak” – Kang Dongwon Kongsi Rasa Kagum Lihat Lakonan IU

Bintangi filem “Broker” bersama, Kang Dong-won berkongsi pendapatnya tentang lakonan IU.

Baru-baru ini, Kang Dong-won telah melakukan temu bual bersama Wiki Tree, bagi mengulas mengenai filemnya yang baru ditayangkan “Broker”.

Semasa temu bual, Kang Dong-won mendedahkan suasana di set penggambaran “Broker”. Kongsi pelakon itu,

Kami berada di luar bandar untuk penggambaran kami. Ia hanya menjadikan penggambaran itu lebih menyeronokkan, kerana kami berada di luar bandar. Saya rasa itu membantu saya memberi tumpuan kepada penggambaran dan watak saya juga. Saya juga suka fakta bahawa hanya kami sahaja di sana.

filem broker

Kemudian, Kang Dong-won turut bercakap tentang pengalamannya berlakon bersama dengan IU yang turut membintangi “Broker”. Dia menyatakan,

Saya pasti semua orang sudah tahu, tetapi lakonannya sangat mengagumkan. Saya hanya dapat melihat hari-hari cerah di hadapannya sebagai seorang pelakon.

Tambahnya lagi,

Saya rasa dia akan dapat membawa apa-apa jenis watak yang diberikan kepadanya. Dia akan memainkan semua peranannya yang akan datang dengan baik.

Lakonan IU memang best pun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...