Ikuti Kami:

“Dia Block..” – Bukan Lagi Ahli, Ini Bukti T.O.P Enggan Terlibat Dengan BIGBANG Lagi

“Dia Block..” – Bukan Lagi Ahli, Ini Bukti T.O.P Enggan Terlibat Dengan BIGBANG Lagi

Dari lima ke empat, dan BIGBANG kini hanya tinggal 3 ahli sahaja..

Pada 18 Ogos baru-baru ini, BIGBANG telah pun mencecah usia 18 tahun sejak mereka debut pada 2006 yang lalu.

Di Instagram, ahli seperti G-Dragon, Daesung dan Taeyang telah meraikan hari penting itu dengan memuat naik foto mereka bertiga serta turut menggunakan hashtag #bigbang18thanniversary.

Namun berbeza pula buat T.O.P, yang dilihat terus ‘block’ akaun Instagram peminat yang menandainya di gambar BIGBANG untuk ulang tahun debut mereka.

Meskipun sebelum ini lelaki itu sendiri telah mengumumkan pemergiannya dari kumpulan itu namun, ramai tidak sangka bahawa T.O.P nampaknya langsung tak ingin dikaitkan lagi dengan BIGBANG.

Komen peminat,

  • Saya hormat keputusan dia, tapi kalau sampai ‘block’ peminat tu bukan ke melampau?
  • Sedihnya..dia memang taknak terlibat dengan BIGBANG lagi.
  • Agaknya apalah yang berlaku antara mereka..

Hmm nak buat macam mana kalau itu pilihan T.O.P kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...