Ikuti Kami:

“Dia Bidadari” – Video Song Jihyo Guna Bahasa Isyarat Dengan Peminat Malaysia Tular Di Korea

“Dia Bidadari” – Video Song Jihyo Guna Bahasa Isyarat Dengan Peminat Malaysia Tular Di Korea

Umum mengetahui bahawa Song Ji-hyo merupakan seorang pelakon yang popular bukan hanya kerana wajah cantik tetapi kerana personaliti yang baik dan mudah mendekati semua orang.

Terbaru, pelakon wanita itu dilihat mesra melayan peminat yang menghadiri K-Beauty Festa di Sentul Depot baru-baru ini. Sebagai duta jenama kecantikan Glutanex, dia telah dijemput sebagai tetamu istimewa bagi menyapa peminat dan berkongsi pelbagai tips kecantikan.

song jihyo malaysia

Bahkan semakin ramai yang jatuh cinta melihatnya apabila Song Ji-hyo melayan semua peminat secara sama rata tanpa berkira. Apa sahaja yang dipinta pastinya akan dikabulkan oleh wanita itu. Antara yang meninggalkan kesan buat orang ramai ialah apabila ahli “Running Man” tersebut berinteraksi dengan peminat yang kurang upaya.

Momen seperti ini membuktikan bahawa Song Ji-hyo mempunyai hati baik dan positif. Gayanya berkomunikasi dengan bahasa isyarat bersama peminat membuatkan hati yang lain tersentuh. Malah wanita itu dilihat mesra apabila mengangkat anak peminat berkenaan hingga ke kerusinya.

song jihyo malaysia

Ingatkan habis di sini sahaja, tapi siapa yang menyangka bahawa video berkenaan tular hingga ke pengetahuan media Korea Selatan. Rata-rata peminat di sana meluahkan rasa teruja dek kebaikan Song Ji-hyo,

Kalau lah ada biadadari di dunia ini, bermakna bidadari itu ialah Song Ji-hyo.

 

Saya baru tahu bahawa dia pandai menggunakan bahasa isyarat sebaik ini. Tak peliklah ramai menyayanginya.

 

Song Ji-hyo sememangnya dilengkapi dengan kesemuanya dari visual dan personaliti. Level lain ni~

 

Saya terkejut melihat video dia bersembang menggunakan bahasa isyarat.

 

Personalitinya terbaik~

 

Adab ialah sesuatu yang mebina seseorang. Bahasa isyarat yang digunakan itu pasti tidak akan dilupakan keluarga berkenaan. Memang harta negara!

Menurut penjelasan peminat Malaysia berkenaan di Twitter, dia belajar menggunakan bahasa isyarat bahasa Korea bersama pelakon itu. Malah jika korang nak tahu, Song Ji-hyo sebenarnya pernah belajar bahasa isyarat untuk wataknya dalam filem “The Intruder”. Jadi, sebab itu mereka boleh berkomunikasi!

Hebat kan Song Ji-hyo?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...