Pakailah apa pun, pastinya penampilan Song Ji-hyo akan menjadi bualan ramai meskipun tidak tampil terlalu dramatik.
Terbaru, pelakon wanita itu yang baru sahaja mampir ke Malaysia pada minggu lalu telah pun melawat Thailand kelmarin bagi konvensyen bersama Watsons sebagai duta jenama kecantikan Glutanex.
Walaupun acara itu tidak terbuka kepada umum, namun ianya tetap tular dalam kalangan peminat dek imej seksi Song Ji-hyo.
jihyo in a backless outfit will be my end#송지효 #SongJiHyo in Thailand
ctto pic.twitter.com/CJViyNWiYr— el ❖ 송지효 (@elleigh_sjh) March 22, 2023
Berpakaian gaun ‘backless’, kelakuan bersahaja pelakon itu yang melayan tetamu sambil meneguk wain nyata menarik perhatian ramai.
Dalam pada itu, Song Ji-hyo mendedahkan bahawa dia bakal menyertai sebuah drama romantik manis tak lama lagi malah khabarnya musim kedua “The Witch’s Diner” juga sedang dalam persiapan kini.
Pakai lah apa pun, memang menawan setiap masa!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉