Ikuti Kami:

“Dia Biadap..” – Dikritik Teruk, Lee Yikyung Mohon Maaf Atas Tindakan ‘Keterlaluan’ Ini

“Dia Biadap..” – Dikritik Teruk, Lee Yikyung Mohon Maaf Atas Tindakan ‘Keterlaluan’ Ini

Dalam episod terbaru rancangan “Hangout With Yoo”, pelakon Lee Yi-kyung mengaku bahawa dia menerima banyak kecaman kerana cara makannya yang dianggap tidak beradab, dan dia telah memohon maaf sambil menegaskan bahawa dia sebenarnya “tidak makan begitu dalam kehidupan sebenar.”

Pada beberapa episod sebelum ini, Lee Yi-kyung pernah “mempersembahkan” teknik menghirup mi secara keterlaluan sehingga mengejutkan ramai tetamunya, termasuk pelakon Shim Eun-kyung dan Kim Suk-hoon.

Malah, di bawah video rasmi MBC yang memaparkan aksi terbaru Lee Yi-kyung menghirup mi, ramai penonton meluahkan rasa tidak puas hati.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk:

  • “Sekali dah cukup. Tolong berhenti.”
  • “Hentikan tabiat hirup mi tu. Memang biadab, eeee.”
  • “Orang dah cakap jangan buat kalau reaksi buruk, berhentilah. Kenapa degil sangat, LOL.”
  • “Yi Kyung, tolong baca komen dan hentikan perangai tu.”

Dalam episod bertarikh 14 Jun, apabila kru “Hangout With Yoo” bertanya kenapa Lee Yi-kyung kelihatan murung, Yoo Jae-suk bergurau, “Mesti sebab cara dia makan.” Haha pula menyindir, “Tak ada mukbang hari ini ke?” dan Lee Yi-kyung membalas, “Saya dah tak nak makan apa-apa lagi.”

Lee Yi-kyung menegaskan bahawa semua itu hanya untuk hiburan dan gelak ketawa semata-mata. Yoo Jae-suk mempertahankan rakannya itu dengan berkata, “Dia cuma budak baik yang nak buat orang ketawa.” Joo Woo-jae pula menambah secara berseloroh, “Jadi… tak ada mi untuk makan tengah hari hari ni, ya?”

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...