Pelakon Lee Yi-kyung menjadi perhatian ramai apabila dengan santai mengungkap mengenai bekas teman wanitanya, Jung In-sun, dalam ucapan kemenangannya.
Pada 28 Disember, acara ‘2024 SEOULCON APAN STAR AWARDS’ berlangsung di Dewan Seni 1, Dongdaemun Design Plaza (DDP), Seoul.
Lee Yi-kyung memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik untuk kategori Drama Pendek. Awal tahun ini, beliau memainkan peranan sebagai penjahat utama, Park Min-hwan, dalam drama “Marry My Husband”.
Semasa memberi ucapan, lelaki itu turut menyebut mengenai bekas teman wanitanya,
Saya juga ingin berterima kasih kepada juri kerana memberikan peluang untuk saya bertemu dengan Jung In-sun. Tahniah kepada Jung In-sun atas kemenangan ini.
Lee Yikyung congratulated his ex-girlfriend, Jung Insun, during his acceptance speech at the 2024 APAN Star Awards 🤣🤣
“I never expected we would meet again, but those who know me know. I’m really grateful to the judges who brought me together with Jung Insun. Congratulations… pic.twitter.com/cKOROQI14U
— ♡ (@__3360) December 29, 2024
Ketika itu, kamera beralih kepada Jung In-sun, yang membalas dengan tepukan tahniah dan senyuman lebar.
Sebelum ini, pada 2018, Lee Yi-kyung dan Jung In-sun mengesahkan hubungan mereka selepas tamatnya drama “Welcome To Waikiki”, tetapi mereka berpisah kira-kira satu setengah bulan selepas menjalinkan hubungan mereka secara terbuka.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.