Utama Drama Korea “Dia Beri Nasihat..” – Min Woohyuk Dedah Terima Sokongan Dari Isteri Untuk...

“Dia Beri Nasihat..” – Min Woohyuk Dedah Terima Sokongan Dari Isteri Untuk ‘Doctor Cha’

min woohyuk

Selepas muncul dalam “Doctor Cha”, pelakon Min Woo-hyuk memang tidak dinafikan semakin dikenali ramai kini.

Baru-baru ini, Min Woo-hyuk telah terlibat dengan satu temu bual khas, susulan tamatnya drama “Doctor Cha” pada minggu lalu.

Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu berkongsi mengenai sokongan yang diterima dari isterinya untuk drama tersebut,

Isteri saya Lee Se-mi, adalah Ketua Pegawai Eksekutif agensi saya dan juga salah seorang peminat tegar drama itu. Dia sebenarnya beritahu saya bahawa dia percaya drama itu akan menjadi hit selepas tonton keseluruhan proses latihan. Saya menjadi begitu asyik dengan watak saya kerana isteri saya boleh dikatakan seperti Cha Jung-sook.

Sambung Min Woo-hyuk lagi,

Isteri saya seorang yang tidak bergantung pada bantuan sesiapa. Dia telah korbankan segala-galanya untuk berkahwin dengan saya. Sejak perkahwinan kami, dia telah menjaga anak-anak kami dan saya rasa itulah sebabnya dia sentiasa menyayangi Cha Jung-sook.

min woohyuk doctor cha

Akhir sekali, Min Woo-hyuk menyatakan rasa syukur kepada isterinya dengan memberitahu,

Saya kebanyakannya berlatih watak ini dengan isteri saya dan saya belajar banyak darinya. Dia memberi saya banyak nasihat berharga tentang cara untuk menggambarkan watak itu dengan mengatakan perkara seperti ‘Awak boleh jadi lebih hebat dalam babak ini’ dan ‘Roy boleh melakukannya’. Sekarang saya boleh lihat bahawa dia memang benar.

Semoga terus berbahagia Min Woo-hyuk dan isteri!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBEROSEN
Loading...