Ikuti Kami:

“Dia Bedah Wajah Ke?” – Langsing Kini, Penampilan Terbaru Jo Hyejeong Jadi Perhatian

“Dia Bedah Wajah Ke?” – Langsing Kini, Penampilan Terbaru Jo Hyejeong Jadi Perhatian

Buat peminat K-Drama, pastinya korang mengenali seorang pelakon sampingan yang ‘comel’ ini kan?

Tidak lagi kelihatan seperti dahulu, foto terbaru Jo Hye-jeong nyata menimbulkan rasa terkejut dalam kalangan peminat.

Sepertinya kehilangan berat yang banyak, wanita yang terkenal dek drama “Weightlifting Fairy Kim Bokjoo” tampil langsing dengan berpakaian besar. Dengan wajah yang kiran meruncing, tak silap kalau ada yang menyangka wanita itu merupakan ahli kumpulan idola.

Berusia 31 tahun kini, Jo Hye-jeong dikenali ramau menerusi drama seperti “The Alchemist”, “Because It’s My First Time”, “Cinderella And The Four Knights”, “Go BAck Couple” dan banyak lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 조혜정 (@haejung_c)

Walau bagaimanapun, pelakon tersebut melarikan diri daripada perhatian ramai selepas ayahnya, pelakon Jo Jae-hyun terlibat dengan skandal ‘Me Too’ di mana dia dituduh melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita.

Pun begitu, Jo Hye-jeong kembali selepas 4 tahun menerusi drama “Our Blues” di mana dia membawa watak kecil sebagai rakan baik Han Ji-min.

Semoga berjaya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...